Selasa, 25 Ogos 2009

Pemuda UMNO cetus ketegangan!




PERMATANG ARA, 25 Ogos - Tindakan Pemuda Kepala Batas mencetuskan ketegangan kepada kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil N.11 yang berlangsung pada hari ini.



Perkara ini juga turut dipaparkan oleh akhbar Berita Harian Online. Walaubagaimanapun paparan Berita Harian Online begitu ringkas dan berat sebelah, seolah-olah wartawan akhbar itu tidak berada ditempat kejadian dan hanya membuat liputan ringkas dari jarak jauh. 


Tinjauan wartawan TE@m I.T kami membuktikan, kejadian membaling batu itu berlaku ekoran dari tindakan awal pemuda UMNO Kepala Batas sendiri. Keadaan menjadi serius dan tegang apabila Pemuda PAS tidak mampu berdiam diri dan terpaksa melakukan tindakan balas terhadap tindakan mereka.


Disebabkan arahan pihak Polis agar mereka yang memakai baju unifom parti UMNO itu beredar dari tempat pembuangan undi kerana melanggar etika dan peraturan pilihanraya SPR, mereka terasa tercabar dan cuba melakukan aksi yang diluar kawalan.


Mereka yang pada awalnya tidak berpuas hati dengan pihak Polis dan bertindak untuk membaling batu ke arah Polis dan seterusnya ke arah penyokong PAS dan orang ramai. 


PAS kesal tindakan 'desperate' Umno


Sehubungan dengan perkara ini, PAS yang diwakili oleh Dr. Hatta Ramli ketika ditanya melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku jika benar pihak BN menggunakan anak muda yang masih bersekolah di Sekolah Menengah.




Bendahari PAS Pusat itu berkata perkara tersebut juga membuktikan bahawa pihak UMNO begitu 'desperate' terdesak sehingga terpaksa beralih kepada tindakan yang tidak wajar.


Menurut beliau "Pelajar-pelajar tersebut boleh dididik dengan pengetahuan politik, tetapi bukannya beraksi dalam bidang ini " Ujarnya kesal kerama ini melibatkan kecederaan orang awam, tambahan pula perkara ini berlaku di bulan Ramadhan.


Tindakan ke atas individu terlibat 


Ketika ditanya berkenaan tindakan yang wajar dikenakan ke atas pelajar-pelajar tersebut, beliau menegaskan "Pelajar-pelajar ini tidak bersalah bahkan mereka masih muda dan mentah tetapi tindakan yang sewajarnya perlu dikenakan kepada parti politik yang menggunakan para pelajar tersebut.




Tambahnya, apa yang penting sekali pihak SPR perlu bertegas bagi menghadapi masalah ini supaya ianya tidak terus berlaku pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan