Jumaat, 20 Mac 2009

Ali Rustam patut letak jawatan Ketua Menteri Melaka!-Tun Dr Mahathir








Mar 19, 09 6:39pm:

Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri,Tun Dr Mahathir.


"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.

"Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.



Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.

Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sokong Muhyiddin



"Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan.

"Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya," katanya.



Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

"Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.

"Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis.

Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah.



Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya".



Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

"Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?" katanya.

(sumber-Malaysiakini.com)

Ahad, 8 Mac 2009

Jom Pakat Mai!Sambutan Maulidurrasul kat UIAM!




 Kura-Kura Dalam Perahu,
Dah Nampak Jangan Buat-Buat Tak Tahu!
Jom Pakat Mai UIAM Gombak!
Salam Maulidurrasul!

Jom Pakat Beli & Dengaq!



Salam INTIM!saya dah dengaq dah album ni!semalam baru beli dari room mate saya-abuafham.blogspot.com...sapa nak boleh tempah dengan saya atau dengan husaini!stok memang ada kat bilik kami...hohoho..."lagu-lagunya lebih MATANG!"-bak kata husaini a.k.a my room mate (macam ayat artis-artis time launching album baru je husaini?hohoho)...lagu feveret saya:Dia Muhammad..marilah kita semarakkan rasa cinta pada Rasulullah sempena sambutan Maulidurrasul ini dengan mendapatkan album ini!Jom Pakat Beli & Dengaq!

Jumaat, 6 Mac 2009

Jom Pakat Pi Bantah!



p/s:Polis baru sahaja memberikan permit untuk mengadakan perhimpunan hanya di Masjid Negara sahaja..sedangkan Istana Negara sudah pun memberi lampu hijau untuk menerima memorandum daripada Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP)..ape cerita ni!

Jom Pakat Mai Dengaq!