Sabtu, 29 Ogos 2009

Orang "PAS" berdemo di Shah Alam!Kepala LEMBU ku junjung!











Nota Penulis:Sekadar memetik cerita-cerita untuk tontonan umum.Petikan di bawah mungkin mengandungi perkataan-perkataan yang tidak baik untuk kesihatan rohani anda!

Jom tonton video orang "PAS" berdemo di Shah Alam!Klik!

Harapnya para ulama terutamanya Mufti Perak, Harussani Zakaria dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah atau Mohamad Ravi Abdullah dapat memberi pandangan mengenai hal ini seperti mana sepatutnya.

SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.

Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.



“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.



Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini.

“Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.



Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan.

Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang.

Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab.

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.    
   


Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang. 

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang. 



"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak. 

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar kelak," kat Khalid. 



Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung. 

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis "tunggu dan lihat" cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya. 

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit. 

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya. 

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut. 



Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis. 

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya. 

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini. 

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya. 

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya. 

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago. 



Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi. 

Tambahnya lagi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam. 

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau. 

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'aam. 

Firman Allah bermaksud, "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." 



Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. 



Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan. 

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang. 

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan. 

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar. 



Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda "ekstrem" terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan "Kami Bantah". 

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, "Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa". 

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam. 

Insiden "Kepala Lembu Berdarah" itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini. 



Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

Mengenang kepada lembu ini juga teringatlah saya kepada kepala babi yang digantung di pintu pagar rumah orang dan juga kepada kepala babi yang diletakkan di dalam surau Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya tidak lama dulu(foto bawah).



Apakah tindakan mengusungkan kepala lembu itu diambil ilham atas perbuatan mempermain-mainkan kepala babi itu? Apapun sebagai orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam rasanya kurang manis bermain dengan kepala haiwan itu. Apa lagi meniru perbuatan yang menjijikkan dan sangat terkeji itu.



Bukan kerana haiwan itu merupakan haiwan suci bagi satu agama, tetapi kepala lembu yang disembelih itu juga sebahagian daripada makanan manusia (Islam) yang halal apakah elok kalau makanan diperlakukan begitu? Apakah sudah tidak ada cara lain untuk dibawa bersama tunjuk perasaan itu? Diharap mereka dapat memikirkan semula tindakan mereka.

1Malaysia dah tahu mengenai Protes pembinaan Kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang didakwa dianjurkan oleh Persatuan Penduduk berarak ke perkarangan Bangunan SUK.

Dalam perhimpunan ini EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr. Hassan Ali turut terkena tempias dari Demo yang dimanipulasikan oleh Ahli UMNgOk/BN sebagai tidak 1Malaysia...

Lalu Presiden MIC pun melenting la...

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

Komen dari seorang blogger!

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.


"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.


1 - Bukan masalah misteri atau tak misteri, masalahnya, kau ada dekat situ, masalahnya kau salah sorang yang pijak kepala lembu tu... masalahnya sekarang ni masalah dah besar sebab keBODOHan kau... BODOH..!

2 - Lagi 1, kau tak layak jadi Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam... sebab... orang setempat dekat kawasan kau pun kau tak kenal... BODOH..!

3 - "Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan."



1 ulasan:

  1. apakah maknanya bagi simbol lembu tu? saling balas membalas ke?
    hafiz, komen dr seorang blogger tue..ada betulnya..cumanya kasar tul bahasa..

    BalasPadam