Selasa, 25 Ogos 2009

Keputusan Rasmi PRK N11!

Keputusan Rasmi


Jumlah Undi BN : 5067


Jumlah Undi PAS: 9618

Undi Rosak : 83

Majoriti : 4551

Peratus Keluar Mengundi : 73.1

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. 

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. 

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

"Kejayaan ini adalah kejayaan semua" kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Malam ini juga bertempat di Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir, pihak Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ceramah bagi meraikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil kali ini sekaligus menambahkan 1 lagi rekod kekalahan UMNO/BN kepada 7 kali.


1 ulasan: