Rabu, 2 September 2009

Aku ingin bergelar solehah!


Aku menyintaimu kerana agama yang tertegak dalam dirimu,jika kau runtuhkan agama yang terpacak di jiwamu,maka hilanglah cintaku padamu...

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia

aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah

rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra

namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak

asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya

pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada

takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta

walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman

kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah

dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah

dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan