Isnin, 17 Ogos 2009

Gempur Pemuda Pakatan Rakyat!





Siapa Pengkhianat?- Demikian tajuk debat yang dilontarkan oleh
Saudara Shamsul Iskandar,Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR
sebagai cabaran terbuka kepada Pemuda BN ketika mengulas isu "Pengkhianat" yang dilemparkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ketua Umum PKR,Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Saya cabar Pemuda BN,nyatakan tempat dan masa,kita akan berdepan dan berdebat secara terbuka!Mari kita tengok siapa pengkhianat yang sebenar!",tegas beliau di hadapan jentera Pemuda PAS yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat di Markaz PAS Kg Pelet.

Majlis yang diadakan bermula jam 5 petang itu turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang dan pimpinan DAPSY,Ketua AMK Pulau Pinang-YB Yusmadi,Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat-Ustaz Azman Shapawi,Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang-Ustaz Yusni Md Piah dan Pengarah Piliharaya Pemuda PAS Pusat-YB Ustaz Firdaus Jaafar.

Majlis dihangatkan lagi dengan kehadiran dan ucapan oleh

Ketua Pemuda PAS Pusat-Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi

yang mengingatkan jentera Pemuda agar bersiap-sedia terhadap segala kemungkinan untuk berdepan dengan UMNO dalam pilihanraya kali ini.


"Marilah kita menghayati sirah perjuangan tentera BADAR yang walaupun sedikit bilangannya berbanding musuh,melangkah yakin kerana iman dan taqwa kepada Allah,lalu Allah memberikan pertolongan dan memenangkan umat Islam!Jangan kita gentar,mari kita berjuang habis-habisan untuk kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir!"-tegas Ustaz Nasrudin sambil disambut dengan laungan "Takbir" oleh seluruh Pemuda yang hadir pada petang itu.


ADUN Hutan Melintang,YB Kesavan Subramaniam yang juga merupakan pimpinan PKR turut menyatakan sokongan padu PKR untuk memenangkan calon PAS-Ustaz Salleh Man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan