Sabtu, 29 Ogos 2009

Orang "PAS" berdemo di Shah Alam!Kepala LEMBU ku junjung!











Nota Penulis:Sekadar memetik cerita-cerita untuk tontonan umum.Petikan di bawah mungkin mengandungi perkataan-perkataan yang tidak baik untuk kesihatan rohani anda!

Jom tonton video orang "PAS" berdemo di Shah Alam!Klik!

Harapnya para ulama terutamanya Mufti Perak, Harussani Zakaria dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah atau Mohamad Ravi Abdullah dapat memberi pandangan mengenai hal ini seperti mana sepatutnya.

SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.

Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.



“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.



Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini.

“Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.



Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan.

Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang.

Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab.

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.    
   


Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang. 

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang. 



"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak. 

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar kelak," kat Khalid. 



Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung. 

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis "tunggu dan lihat" cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya. 

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit. 

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya. 

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut. 



Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis. 

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya. 

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini. 

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya. 

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya. 

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago. 



Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi. 

Tambahnya lagi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam. 

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau. 

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'aam. 

Firman Allah bermaksud, "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." 



Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. 



Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan. 

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang. 

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan. 

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar. 



Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda "ekstrem" terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan "Kami Bantah". 

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, "Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa". 

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam. 

Insiden "Kepala Lembu Berdarah" itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini. 



Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

Mengenang kepada lembu ini juga teringatlah saya kepada kepala babi yang digantung di pintu pagar rumah orang dan juga kepada kepala babi yang diletakkan di dalam surau Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya tidak lama dulu(foto bawah).



Apakah tindakan mengusungkan kepala lembu itu diambil ilham atas perbuatan mempermain-mainkan kepala babi itu? Apapun sebagai orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam rasanya kurang manis bermain dengan kepala haiwan itu. Apa lagi meniru perbuatan yang menjijikkan dan sangat terkeji itu.



Bukan kerana haiwan itu merupakan haiwan suci bagi satu agama, tetapi kepala lembu yang disembelih itu juga sebahagian daripada makanan manusia (Islam) yang halal apakah elok kalau makanan diperlakukan begitu? Apakah sudah tidak ada cara lain untuk dibawa bersama tunjuk perasaan itu? Diharap mereka dapat memikirkan semula tindakan mereka.

1Malaysia dah tahu mengenai Protes pembinaan Kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang didakwa dianjurkan oleh Persatuan Penduduk berarak ke perkarangan Bangunan SUK.

Dalam perhimpunan ini EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr. Hassan Ali turut terkena tempias dari Demo yang dimanipulasikan oleh Ahli UMNgOk/BN sebagai tidak 1Malaysia...

Lalu Presiden MIC pun melenting la...

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

Komen dari seorang blogger!

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.


"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.


1 - Bukan masalah misteri atau tak misteri, masalahnya, kau ada dekat situ, masalahnya kau salah sorang yang pijak kepala lembu tu... masalahnya sekarang ni masalah dah besar sebab keBODOHan kau... BODOH..!

2 - Lagi 1, kau tak layak jadi Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam... sebab... orang setempat dekat kawasan kau pun kau tak kenal... BODOH..!

3 - "Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan."



Rabu, 26 Ogos 2009

Kalaulah Kartika Seri Dewi minum arak di Kelantan?


SAYA tidak dapat nak bayangkan bagai mana gegak gempitanya sekiranya modeling Kartika Seri Dewi Shukarno, 23 meminum arak dan ditangkap serta dibicarakan dalam mahkamah syariah di Kelantan atau Kedah. Apa lagi kalau mahkamah syariah telah menjatuhi hukum denda sebanyak RM5,000 dan sebat. Wow.... raya sakan kaum kerabat di dalam Umno/BN (UBN) dengan peristiwa itu. 


Segenap NGO feminis pejuang hak asasi pun juga akan bangkit serentak. Kemungkinan besar tunjuk-tunjuk perasaan pun akan diadakan di Kota Bharu. NGO bernama MTRK, Perkasa,Badan Bertindak Perpaduan Melayu(BBPM) dan sekufu dengannya bersama Umno dan segala macam kerabatnya akan berarak beramai-ramai membantah keputusan itu yang akan disifatkan sebagai zalim. 

Akan dinaikkan sepanduk mencela kerajaan Pas Kelantan sebagai zalim, kolot, tidak tamadun dan sebagainya.

Kenapa saya membayangkan begitu kerana salah seorang bapa UBN, pernah menghina dan mempersendakan hukum hudud. Katanya kalau hukum hudud dilaksanakan di Kelantan ramai penduduk Kelantan akan kudung tangan dan batu jalan juga akan habis kerana digunakan untuk melontar pesalah hudud. Kata-kata itu sangat sinis menunjukkan bencinya dia kepada perundangan Islam.

Saya yakin kalau dia menjadi ketua negara dia akan komen dan kritik hukuman sebab itu sebagai ala Taliban atau persis hukuman di zaman Arab jahiliah.

Tetapi nasib baik apa yang menimpa Kartika Seri Dewi itu berlaku di negeri Pahang Darul Makmur. Mahkamah yang menjatuhi hukuman itu juga mahkamah di Pahang. Negeri asal Tun Razak Hussein dan Najib Razak. Negeri yang sejak tahun 1955 diperintah oleh Perikatan. Maka selamatlah negeri Pahang dicela oleh para pejuang kebangsaan itu.

Apabila mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman itu tidak ada apa-apa protes dari wanita Umno, dan puteri Umno. Ia seakan hukuman itu diterima dengan baik oleh Umno. Apakah ini menggambarkan hukuman yang digubal atau dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang itu lebih sahih daripada hukuman yang digubal oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu dulu? Begitukah?

Hari ini Kartika Seri Dewi sepatutnya menjalani hukuman sebat. Beliau telah pun diangkut dari rumahnya di Sungai Siput, Perak oleh Pegawai Jabatan Agama Islam untuk dibawa ke Penjara di Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan. Sampai sekarat jalan, Kartika dihantar balik ke rumah kerana hukuman itu ditangguhkan. Alasannya kerana bulan ini bulan Ramadhan.

Penangguhan itu atas permintan Jabatan Peguam Negara. Kenapa pula ditangguhkan dan apakah kena mengena dengan Ramadhan? Bukankah di bulan mulia ini manusia berebut untuk berbuat kebaikan dan amalan soleh. Pelaksanaan hukuman sebat itu adalah antara tuntutan Allah. Apabila penangguhan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ia menjelaskan bahawa bidang kuasa pelaksanaan hukuman ternyata masih di bawah JPN. Ada hikmahnya penangguhan ini kerana ia menjelaskan antara sebab kenapa perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana masalah pelaksanaan hukuman tadi?
Penangguhan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika itu agak aneh sikit. Apakah kerana ia dibimbang memberi impak kepada kepimpiann 1 Malaysia maka ia perlu ditangguh dan mengambil masa sesuai kerana kejadian itu berlaku dinegerinya dan pada masa ini dia PM. Begitukah?

Sekali lagi, keadaan akan menjadi gegak gempita kalau penangguhan itu dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikatakan meragui perundangan sendiri. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikecam. Dalam masa sama kerajaan Pas akan dikatakan tidak bersungguh melaksanakan perundangan Islam dan ianya adalah agenda politik bagi menarik perhatian umah Islam. Tetapi kerana ia berlaku di bumi kelahiran pemimpin 1 Malaysia, maka ia ditangguhkan, dilewat-lewatkan. Dan tidak ada pula suara sumbangan dari mana-mana pihak mempertikaikannya.


Penangguhan sesuatu yang wajib itu tidak baik dilakukan. Kemungkinan dengan penangguhan itu menyebabkan hukuman itu akan berubah. Apa lagi bila ada desakan dan hasutan pihak pejuang hak asasi terutamanya di peringkat internasional menyebabkan ia akan disemak semula. Paling mengesalkan kalau hukuman itu dipinda.

Dalam hal ini kesediaan Kartika untuk membersihkan dirinya kerana minum arak terhalang. Apa kata kalau dalam tempoh penangguhan ini beliau tidak sempat melaksanakan hukuman itu? Apakah pemerintah dalam kes ini kerajaan Pahang akan bertanggungjawab memikul dosanya? Nampaknya begitulah... Apapun syabas diucapkan kepada Kartika kerana redha menerima hukuman berlandaskan firman Allah.


Laporan berita semalam:

SUNGAI SIPUT - “Saya keliru dan rasa seperti ditendang macam bola oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” kata model sambilan Singapura, Kartika Sari Dewi, 32, berikutan keputusan pindaan hukuman sebat yang sepatutnya di jalankan ke atasnya pada minggu ini ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.

Kartika berkata, dia keliru dengan keputusan pihak berkuasa yang memberi arahan sebelum ini supaya hukuman sebat ke atasnya dijalankan dalam minggu ini tetapi kemudian menangguhkannya secara tiba-tiba.

“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa," katanya kepada pemberita sejurus selepas membuat laporan polis, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Kangsar, semalam.

Bapanya, Shukarno Abdul Muttalib berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jaip datang ke rumahnya bersama waran tangkap untuk membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman tetapi lebih kurang satu jam kemudian, anaknya diserahkan semula kepadanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana keliru dengan keputusan pihak atasan yang menangguhkan hukuman terhadap anaknya dan bimbang pihak tertentu menganggap Kartika lari daripada menjalani hukuman.

“Tiga pegawai datang ke rumah saya kira-kira jam 9.30 pagi dan menunjukkan waran tangkap serta membawa Kartika ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebat.

“Tetapi lebih kurang sejam kemudian, pegawai yang sama menyerahkan semula Kartika kepada saya dan mengatakan hukuman sebat ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

“Saya membuat laporan polis kerana Kartika ditangkap tetapi dibebaskan semula dan risau sekiranya keputusan itu disalah erti,” katanya.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan telah mengarahkan Kartika menjalani hukuman itu dalam minggu ini tanpa memberikan tarikh sebenar hukuman bakal dijalankan.

Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Analisa Permatang Pasir:BN Kalah di semua peti undi!



Keputusan Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir menyaksikan Barisan Nasional kalah di semua unit peti undi kecuali undi pos.

Majoriti paling tinggi yang diperolehi oleh PAS ialah di UPU Samagagah, dimana calon PAS memperolehi 1397 undi berbanding BN yang memperolehi 594 undi. Majoriti di Samagagah ialah 803.

Majoriti paling kecil ialah di Kg. Pelet dimana PAS mendapat 738 undi manakala BN meraih 546 undi menjadikan majoriti sebanyak 192.

Sementara majoriti di UPU yang selebihnya adalah di dalam lingkungan 300 - 700 undi.

Sebanyak 8 pengundi pos, daripadanya PAS hanya memperolehi 2 undi dan 6 untuk BN.


Samagagah 
Pas 1397 BN 594 Majoriti: 803 

Permatang Ara 
Pas 1397 BN 1075 Majoriti: 322 

Permatang Pauh
Pas 875 BN 354 Majoriti: 521 

Bukit Indera Muda 
Pas 1302 BN 862 Majoriti: 440 

Kg Pelet 
Pas 738 BN 546 Majoriti: 192 

Kubang Semang 
Pas 773 BN 275 Majoriti: 498 

Tanah Liat 
Pas 971 BN 500 Majoriti: 471 

Cross Street 
Pas 938 BN 300 Majoriti: 638 

Permatang Tengah
Pas 1225 BN 555 Majoriti: 570 

Undi Pos
Pas 2 BN 6 Majoriti: -4 

Jumlah PAS 9618 BN 5067 Majoriti: 4551

Selasa, 25 Ogos 2009

Keputusan Rasmi PRK N11!

Keputusan Rasmi


Jumlah Undi BN : 5067


Jumlah Undi PAS: 9618

Undi Rosak : 83

Majoriti : 4551

Peratus Keluar Mengundi : 73.1

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. 

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. 

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

"Kejayaan ini adalah kejayaan semua" kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Malam ini juga bertempat di Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir, pihak Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ceramah bagi meraikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil kali ini sekaligus menambahkan 1 lagi rekod kekalahan UMNO/BN kepada 7 kali.


Rentetan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir!

8.00 malam : PAS menang undi 9618 manakala BN 5067. PAS menang dengan majoriti 4551. Jumlah undi rosak 83. Undi pos PAS mendapat 2 undi manakala BN 6 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini 72.78 peratus dan 14 768 pengundi.

 

7.31 malam : Petugas PAS, penyokong dan media yang Muslim berbuka puasa bersama di Markaz Induk PAS.



7.31 malam : Pengumuman dari SPR, calon PAS, Ustaz Salleh Man telah menang - majoriti 4551. Namun apa yang sangat dikesali, pengumaman tersebut dibuat ketika azan Maghrib sedang berkumandang.  

 

 

7.20 malam : Petugas bahagian urusetia makanan mengagih-agihkan juadah makanan berbuka puasa kepada semua yang berada di Markaz Induk PAS.



7.06 malam : Calon PAS, Ustaz Salleh Man dan Pengarah pilihanraya kecil Permatag Pasir, Dato' Mahfuz Omar tiba dan kini sedang memasuki Dewan Putra, IKBN Bukit Mertajam - tempat pengumuman.



7.01 malama : 1402 pengunjung - catatan record pengunjung yang sedang melayari laman rasmi PAS pilihanraya kecil Permatang Pasir ini. Dan catatan ini semakin meningkat lagi.



6.58 petang : Keadaan di tempat pengumuman sesak dengan lautan penyokong kedua-dua parti, terutamanya penyokong PAS. Golongan muda yang menyokong PAS masih bersemangat menantikan keputusan akhir diumumkan.

 

6.52 petang : PAS menang majoriti 4662 - keputusan tidak rasmi dari pusat pengundi.

 

6.38 petang : 16 belas peti undi lagi sampai di pusat pengiraan undi.

 

6.29 petang : 9 lagi peti undi sampai dan dibawa masuk ke tempat pengiraan. Tidak dapat dikenal pasti dari UPU mana. Sementara itu, penyokong PAS bertakbir melihat keputusan semasa (tidak rasmi).

 

6.13 petang : Suasana di hadapan Markaz Induk PAS, dibanjiri penyokong. Manakala jalan raya dihadapannya penuh sesak dengan kenderaan.

 

6.05 petang : Keputusan semasa - SMS, PAS mendahului 1200 undi.

 

5.55 petang : Di hadapan Markaz Induk, penyokong-penyokong PAS masih lagi bertumpu dihadapan layar besar untuk mengetahui keputusan terkini undian (secara tidak rasmi - PAS). Para media dan blogger juga kelihatan di sana.

 

5.35 petang : Laporan akhir SPR yang keluar mengundi 73.21 peratus dan 12 832 pengundi. 2 000 pengundi susut, dilaporkan tidak keluar mengundi.

 

5.08 petang : Jalan-jalan menuju ke pusat penjumlahan undi IKBN masih belum sesak tapi kereta bertambah banyak di jalan ketika ini.

Anggota polis dan petugas-petugas SPR mula masuk ke dalam IKBN Bukit Mertajam. Penjumlahan undi akan di lakukan di dewan Perdana IKBN.

 

5.05 petang : Di hadapan Markaz Induk, layar besar telah dipasang petugas IT untuk penyokong-penyokong PAS mengetahui keputusan terkini undian.

Laluan menuju ke IKBN kini mulai sesak dengan kenderaan penyokong dan petugas dari ke dua-dua parti.

 

5.03 petang : Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Markaz Induk PAS di Permatang Pasir.



5.00 petang : Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam ini. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR.



4.50 petang : Suasana 10 minit sebelum sebelum waktu mengundi berakhir, suasana di pusat-pusat pengundian sudah mulai lengang.



4.30 petang : "Polling agent" dan "Counting agent" sudah mula masuk ke dalam pusat mengundi kira-kira bermula jam 4 petang tadi.

 

Calon PAS kini berada di Sek. Keb Permatang Pauh. Suasana di sekitar pusat mengundi semakin susut. Para petugas yang keletihan sudah ramai yang balik.

 

4.16 petang : Setakat jam 4 petang SPR mengumumkan peratus keluar mengundi 70.5 % bersamaan 14 300 pengundi.



3.53 petang : Setakat jam 3.30 petang ini, peratus keluar mengundi ialah lebih kurang 65% yang dikeluarkan oleh SPR.

 

***Daripada jam 4 hingga 5 petang ini, Semua petugas-petugas diminta membuat semakan terakhir tugas-tugas keselamatan, pengangkutan dan pihak UPU diminta mengawasi sesuatu yang pelik kemungkinan akan dilakukan oleh Barisan Nasional.

 

3.37 petang : Calon PAS sekarang berada di Sek. Ren Laew Keow (simpang empat Permatang Pauh) selepas itu, beliau dilapor akan menuju ke Sama Gagah pula.



3.31 petang : Dewan Ulama' tidak ketinggalan sama dalam hari membuang undi ini. Anjurkan - Solat hajat, bacaan Yaasin dari malam terakhir berkempen hingga ke waktu malam ini - pengumuman kemenangan.

 

3.25 petang : Cuaca mula panas terik. Sepanjang Permatang Ara, Permatang Pasir, Kg Pelek dan Tanah Liat para petugas semakin berkurangan terutamanya petugas-petugas BN. Di Kg Pelek Petugas BN sudah tidak kelihatan.

Wajah para petugas juga kelihatan semakin letih dan lemah dan suasana juga semakin tenang. Kelihatan beberapa orang pemuda UMNO kepala batas yang berbaju kuning kelihatan berehat di Jalan Penanti. Mereka kelihatan sangat lemah dan letih.



3.17 petang : Calon kini berada di Sekolah Rendah Islam Al-Masriyyah, Tanah Liat



2.50 petang : Timb. Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama petugas Pakatan Rakyat di UPU Cross Street.

 

2.46 petang : Tengahari tadi sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.


2.36 petang : Calon PAS, Ustaz Salleh Man dilaporkan mula bergerak ke Sek. Keb Penanti di UPU Kubang semang dari Kampung Pelek.

 

2.18 petang : Ramalan dari seorang pensyarah yang tidak ingin di paparkan namanya, PAS dijangka akan menang dengan majoriti kurang sedikit daripada sebelum ini sekitar 4000 undi.



2.02 petang : Calon kini masih lagi berehat di Kampung Pelek dan dijangka bergerang ke Kubang Semang dalam pukul 2.30 petang. Ini merupakan pusingan kedua beliau melawat Pusat mengundi selepas melawat semua 8 pusat mengundi tadi. 



1.54 petang : Peratus keluar mengundi sebanyak 53% peratus mewakili daripada 20 290 pengundi.



1.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi PAS masih bersemangat melakukan tugas. Kereta seorang wartawan Te@m.IT dicalar oleh seorang petugas puteri UMNO. 



1.36 petang : Seramai 9307 orang telah keluar mengundi mewakili 44.54% daripada keseluruhan jumlah pengundi

 

1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri.

 

1.11 tengahari : Sejumlah 42.7 peratus dan 8672 pengundi telah keluar menunaikan tanggung jawab mengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

 

1.00 tengahari : Calon PAS, Ustaz Salleh Man masih berada di Markaz Pemuda PAS, Kampung Pelet berehat dan menunaikan solat Zohor di sana. Dijangkakan keluar semula melihat8 pusat pengundian - second round - selepas jam 2.00 petang nanti.

 

12.52 tengahari : Seorang lelaki dilaporkan cedera - mangsa kepada keganasan Umno Kepala Batas itu. Meraka - berbaju kuning - dikatakan pelajar Sek. Men di Kepala Batas, dan seorang daripada mereka merupakan pelajar Sek. Keb Paya Keladi.

 

12.48 tengahari : 3-4 buah kereta pecah, Umno Kepala Batas itu cuba melarikan diri - membaling batu kearah petugas PAS yang cuba menangkap mereka, laporan kecederaan berlaku - pengesahan sedang cuba dibuat.

 

12.42 tengahari : FRU mula bertindak berbaris di hadapan Bilik Gerakan Umno Indera Muda - mengawal kumpulan penyokong Umno Kepala Batas yang berbaju Kuning dari bertindak lebih ganas - berkumpul bersama 'Kesatria Muda' - berbaju biru tua dan beret hijau.

 

12.38 tengahari : Penyokong buat kecoh lagi - mengeluarkan kata kesat, memaki hamun, isyarat lucah kepada petugas Pakatan Rakyat - keadaan terkawal kerana tiada serangan balas dari petugas Pakatan Rakyat.

 

12.35 tengahari : Setakat jam ini, mereka yang telah keluar mengundi - 33 peratus mewakili 6598 pengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

 

12.31 tengahari : Geng penyokong Umno Kepala Batas - berbaju kuning - bermotosikal - buat kacau di kawasan Bukit Indera Mulia sehingga menyebabkan beberapa buah kereta rosak dan pecah cerminnya. Mereka kini dilaporkan menuju ke Permatang Pasir pula.



12.25 tengahari : Jalan sesak daripada Permatang Pauh ke Permatang Janggus.

 

12.17 tengahari : Di UPU Permatang Tengah, 53.5 peratus telah keluar mengundi setakat ini.



12.13 tengahari : Selepas ini, calon PAS, Ustaz Salleh Man akan berehat di Markaz Besar Pemuda PAS di Kampung Pelet.

 

12.10 tengahari : Sekumpulan penyokong Umno - berbaju kuning dan bermotor kuasa tinggi - yang sejak pagi tadi membuat kecoh kini dilaporkan berarak ke Sek. Keb Bukit Indera Muda untuk menunjukkan protes mereka kepada pihak polis yang menghalang mereka dari berkumpul di hadapan Sek. Keb Penanti pagi tadi.

Kumpulan penyokong ini - dilarang polis berkumpul kerana - berbaju kuning berlambang dacing BN.



12.02 tengahari : Ramai pengundi dari saluran 3 dan 4 di Sek. Keb Permatang Pasir keluar membuang undi.

 

11.47 pagi : Sehingga kini sebanyak 5248 orang keluar mengundi mewakili 26 % jumlah keseluruhan pengundi.

 

11.40 pagi : Kehadiran terlalu ramai anggota polis di pusat-pusat pengundian menakutkan pengundi. Kelihatan seolah-olah ini pilihanraya polis. Di Sek. Keb Penanti polis bertindak semacam mahu mengambil alih tugas SPR.

 

11.38 pagi : Keadaan di UPU Permatang Pauh terkawal. Pagi tadi berlaku pergaduhan kecil, apabila seorang warga tua dikasari dan ditumbuk. Walau bagaimanapun punca kejadian masih tidak di ketahui.

 

11.15 pagi : Pergaduhan berlaku di hadapan Sek. Keb Permatang Pasir yang dimulakan penyokong BN. Pergaduhan berakhir kira-kira 10 minit kemudian.

 

11.24 pagi : Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian. Laluan trafik masih terkawal walaupun kesesakan berlaku sepanjang jalan menuju ke pusat mengundi.

 

11.15 pagi : Berlaku ketegangan di antara BN dan PAS di hadapan sekolah Permatang Pasir,BN cuba melakukan provakasi apabila pamuda PAS menegur cara pemakaian Putri UMNO yang menjolok mata,keadaan di tempat membuang undi begitu bising,namun semuanya tidak berlarutan sehingga mencetus perbalahan.

 

11.10 pagi : Di Kubang Semang - Kampung Semambu - BN dilaporkan terdesak hingga terpaksa menggunakan RM500 untuk membeli undi warga-warga emas disana.

 

11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi.

 

11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Turut sama bersama beliau Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Calon PAS kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda.

 

10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb Permatang Pasir.

 

10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib.



10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membuat kecoh di hadapan Sek. Keb. Penanti tadi.



10.25 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet melihat suasana proses pembuangan undi. Ramai wartawan kelihatan mengerumuni ahli parlimen Pokok Sena.

 

10.19 pagi : Calon BN, Rohaizat baru sahaja sampai ke Sek.Men Sama Gagah - tempat pertama yang dilawatinya - sebelum ini beliau hanya membuat tinjauan dari luar sahaja.



10.17 pagi : Saluran 1 paling ramai keluar mengundi di Sek. Jen. Keb. Cina Kubang Semang, percubaan provokasi di luar pusat mengundi oleh penyokong Umno dengan laungan 'Gerak Gempur 1 Malaysia', penyokong PAS walau bagaimanapun tidak menghiraukan cubaan provokasi tersebut.

Satu suasana pelik kelihatan, bilamana sejumlah anggota polis beratur sepanjang bahu jalan dari penempatan MARTEK yang berhampiran pusat pengundian itu.



10.16 pagi : Ketua Polis Pulau Pinang menasihatkan parti-parti politik yang bertanding mengawal tindak-tanduk penyokong parti masing-masing untuk mengawal suasana tenang.

 

10.10 pagi : Selawat yang tidak putus-putus, menjadi sumber kekuatan penyokong PAS berhampiran Sek. Men Sama Gagah. Manakala penyokong BN-Umno sibuk mengherdik dan menuding jari terhadap penyokong PAS - sengaja cetus provokasi.

 

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana. 



10.00 pagi : Peratusan keluar mengundi sejam pertama - 17.5 peratus atau 2,966 orang.



9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau mendapat sokongan kuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Exco-exco Kerajaan Negeri Pulau Piang yang turut bersama beliau memberi sokongan.

 

9.45 pagi : Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

 

9.30 pagi : Lalu-lintas menuju ke Kubang Semang sesak, kenderaan pengundi-pengundi berderet menuju ke tempat mengundi masing-masing

 

9.24 pagi : Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

 

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

 

9.05 pagi : Petugas muslimat 'Skuad Munajat' menjalankan tugas masing-masing dengan berzikir dan berselawat di kawasan peti undi.

 

9.00 pagi : Pengundian satu jam pertama sudah berlalu. Sambutan pengundi keluar mengundi menggalakkan. Jumlah keluar mengundi meningkat.

 

8.55 pagi : Laporan daripada UPU Permatang Tengah - orang ramai sedang berpusu-pusu membuang undi termasuk juga golongan orang kurang upaya. Masing-masing berusaha menunaikan tanggungjawab di awal pagi ini.

 

8.40 pagi : Ustaz Salleh Man bersama Dato Seri Anwar, sampai di pusat mengundi Sek Agama Al-Masriyah bersama pegawai bertugas. Mereka melihat keadaan suasana di pusat mengundi tersebut.

Di pusat mengundi Sek Cina Leow Keow, kelihatan sudah ramai yang keluar mengundi untuk saluran 1 dan 2.

 

8.35 pagi : Sekumpulan 50 individu bermotosikal berkuasa tinggi mula membuat onar di hadapan Sek Keb Penanti. Kumpulan ini dipercayi penyokong BN, mereka memakai baju berwarna kuning berlagak seolah-olah pegawai SPR.

Pegawai polis yang bertugas di hadapan pusat mengundi menghalang kumpulan tersebut daripada memasuki kawasan undian. Walau bagaimanapun, kumpulan ini masih berdegil dan tidak mahu berganjak, kemungkinan besar polis akan bertindakan - tindakan masih tidak masih diketahui.

 

8.20 pagi : Ustaz Salleh Man tiba di pusat mengundi UPU Kubang Semang - Sek.Keb. Penanti.

Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang membuang undi di sana, turut sama mengiringi beliau Presiden PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah.

 

8.10 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.

 

8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka.

Lapan - Sek. Keb. Permatang Pasir, Sek. Keb. Permatang Pauh, Sek. Men. Kebangsaan Sama Gagah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Sek. Rendah Islam Al-Masriyah, Sek. Keb. Seri Penanti, Sek. Jenis Keb. Cina Kubang Semang, Sek. Kebangsaan Bukit Indera Muda.

Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof



7.50 pagi : Di UPU Tanah Liat, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas).



7.45 pagi : Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.



7.38 pagi : Calon PAS Ustaz Salleh Man bergerak ke Pos PKR, di Yayasan Aman, Kubang Semang. Beliau dilaporkan akan bergerak bersama-sama dengan Penasihat PKR, YB Anwar Ibrahim daripada sana.



7.10 pagi : Di bahu kanan dan kiri jalan dipenuhi anggota polis, lebih ramai berbanding pilihan raya kecil yang lalu. Bilangan tersebut bertambah berkait dengan kemungkinan lapan peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh SPR hari ini.



7.00 pagi : Jalan utama Permatang Ara - Kubang Semang kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.



6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.



PERMATANG PASIR, 25 ogos - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, hari ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man dengan Barisan Nasional, Rohaizat Othman.

Pemuda UMNO cetus ketegangan!




PERMATANG ARA, 25 Ogos - Tindakan Pemuda Kepala Batas mencetuskan ketegangan kepada kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil N.11 yang berlangsung pada hari ini.



Perkara ini juga turut dipaparkan oleh akhbar Berita Harian Online. Walaubagaimanapun paparan Berita Harian Online begitu ringkas dan berat sebelah, seolah-olah wartawan akhbar itu tidak berada ditempat kejadian dan hanya membuat liputan ringkas dari jarak jauh. 


Tinjauan wartawan TE@m I.T kami membuktikan, kejadian membaling batu itu berlaku ekoran dari tindakan awal pemuda UMNO Kepala Batas sendiri. Keadaan menjadi serius dan tegang apabila Pemuda PAS tidak mampu berdiam diri dan terpaksa melakukan tindakan balas terhadap tindakan mereka.


Disebabkan arahan pihak Polis agar mereka yang memakai baju unifom parti UMNO itu beredar dari tempat pembuangan undi kerana melanggar etika dan peraturan pilihanraya SPR, mereka terasa tercabar dan cuba melakukan aksi yang diluar kawalan.


Mereka yang pada awalnya tidak berpuas hati dengan pihak Polis dan bertindak untuk membaling batu ke arah Polis dan seterusnya ke arah penyokong PAS dan orang ramai. 


PAS kesal tindakan 'desperate' Umno


Sehubungan dengan perkara ini, PAS yang diwakili oleh Dr. Hatta Ramli ketika ditanya melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku jika benar pihak BN menggunakan anak muda yang masih bersekolah di Sekolah Menengah.




Bendahari PAS Pusat itu berkata perkara tersebut juga membuktikan bahawa pihak UMNO begitu 'desperate' terdesak sehingga terpaksa beralih kepada tindakan yang tidak wajar.


Menurut beliau "Pelajar-pelajar tersebut boleh dididik dengan pengetahuan politik, tetapi bukannya beraksi dalam bidang ini " Ujarnya kesal kerama ini melibatkan kecederaan orang awam, tambahan pula perkara ini berlaku di bulan Ramadhan.


Tindakan ke atas individu terlibat 


Ketika ditanya berkenaan tindakan yang wajar dikenakan ke atas pelajar-pelajar tersebut, beliau menegaskan "Pelajar-pelajar ini tidak bersalah bahkan mereka masih muda dan mentah tetapi tindakan yang sewajarnya perlu dikenakan kepada parti politik yang menggunakan para pelajar tersebut.




Tambahnya, apa yang penting sekali pihak SPR perlu bertegas bagi menghadapi masalah ini supaya ianya tidak terus berlaku pada masa akan datang.

Selamat Mengundi!


Layari laman web rasmi PAS sempena PRK N11!KLIK!

VS


Layari laman web rasmi BN sempena PRK N11!KLIK!

Isnin, 24 Ogos 2009

"lebih panjang dari serbannya"-Rais Yatim hina Islam!


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


PERMATANG PAUH, 24 Ogos: PAS melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim yang disifatkan menghina Islam.    


Media melaporkan kenyataan Rais yang mengulas cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menyaman TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian berkaitan isu ahli Umno tidak akan masuk syurga dan Islam Palestin. 



Dalam kenyataannya, media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya." 

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan, apa yang Nik Aziz kata adalah Islam Umno Islam plastik bukannya Palestin. 

"Bagi kita ini adalah kenyataan yang menghina peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan menghina Islam. Bagi kita serban adalah satu pakaian yang mulia di sisi Islam yang tak sepatutya di hina.

 

(Keratan laporan media) 

"Sekiranya kenyataan itu betul, maka kita minta Rais meminta maaf kepada Tok Guru dan tarik balik kenyataan itu," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang juga peguam Nik Aziz. 


AJK PAS Pusat:Peguam Hanipa Maidin


Selain itu beliau meminta pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan terhadap Rais berkaitan kenyataannya. 

"Perbuatan menghina serban yang juga pakaian Rasulullah ini bukan main-main. Kita tak pakai satu hal tapi menghina pakaian Rasulullah seperti boleh merosakkan keimanan. 

"Kita berharap beliau menarik balik kentayaannya. Adalah hak Rais untuk untuk buat kenyataan, tapi buat apa kita nak kaitkan dengan serban?,"ujarnya 


Dato' Seri Rais Yatim dan isteri


Kenyataan Rais dianggap senada dengan tema serangan Tun Dr Mahathir terhadap PAS sebelum ini iaitu mengaitkan serban, janggut dan sebagainya. 

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mendakwa, Rasulullah tidak mencukur janggutnya kerana tidak pisau pencukur Gillet ketika itu. 

Kenyataan sebegini disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Rasulluh menyebabkan serangan bertubi-tubi dihalakan kepada Dr Mahathir. 



Kini, Rais datang dengan kenyataan seolah-olah menghina orang yang memakai serban sebagaimana Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu. _

Perutusan Tok Guru Nik Aziz



“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali, itu pun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular, agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu, nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non- muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Salleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009



Sajak untuk renungan

Berikut adalah beberapa rangkap dan juga patah pantun dan seloka yang telah dilontarkan oleh beberapa tokoh pejuang bangsa dan tokoh ulama Nusantara tentang nasib melayu :

Allahyarham Aminur Rashid ( 1930-an)

" AKU SENANG AKU KAYA
ORANG MELAYU HABIS KU DAYA
HABIS KU HALAU MASUK KE PAYA
AKU BERSENANG KE JALAN RAYA

HARTANYA HABIS DAPAT KU TIPU
UNDURLAH DIA KE GUNUNG MENUMPU
HABISLAH SEMUANYA DAPATKU SAPU
MENGGELEPARLAH MELAYU SEPERTI KENA PALU

DEMIKIANLAH PERASAAN SI TONGSAN ITU
MEMANDANG KITA RENDAHNYA TENTU
DIKIRA MELAYU SEMUANYA BATU
TIADA BERSUARA SEMUA DILUTU"

Demikianlah diantara bait puisi yang pernah dilontarkan oleh Alahyarham Aminur Rashid ( Tokoh Pejuang Kebangsaan dan kemerdekaan sekitar tahun 1930-an, yang telah menggambarkan bagaimana kurang ajar dan biadap kaum Cina di tanah melayu ketika itu yang digelarnya sebagai Si Tongsan yang memperkotak katikkan kaum Melayu.

ALLAHYARHAM PAK HAMKA

Sewaktu datang ke Tanah Melayu selepas penjajahan Jepun sekitar tahun 1945-46, Abuya HAMKA pernah melontarkan puisi dan selokanya kepada bangsa melayu yang masih belum merdeka pada ketika itu, iaitu :

"DI ATAS RUNTUHNYA MELAKA LAMA
PENYAIR TERMENUNG SEORANG DIRI
INGAT MELAYU KALA JAYANYA
PUSAT KEBESARAN NENEK BAHARI

DI SINI DAHULU LAKSAMANA HANG TUAH
SATRIA MOYANG MELAYU JATI
JAYA PERKASA GAGAH DAN MEWAH
TIDAK MELAYU HILANG DIBUMI

TIDAKLAH ALLAH MENGUBAH UNTUNG
SUATU KAUM DALAM DUNIA
JIKA HANYA DUDUK TERKATUNG
BERPELUK LUTUT BERPUTUS ASA"

Allahyarham Tun Razak:

" APA GUNA POLITIK MERDEKA JIKA EKONOMI MELARAT"

Marilah kita renung bersama tentang ketiga-tiga kata-kata hikmat di atas yang menceritakan perihal nasib bangsa melayu di Bumi sendiri. Apakah perkara yang disampaikan oleh mereka ini tidak relevan dan tidak berlaku lagi selepas diucapkan lebih 50 tahun yang lalu..!

Komen Penulis:Renung-renungkan dan selamat beramal!

Ahad, 23 Ogos 2009

Kisah Isteri PM

Sumber:www.pahangdaily.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Rata-rata pengunjung Bazar Ramadhan dekat Kg.Bharu semalam tergamam dan terkejut apabila melihat kelibat mantan PM ke-4, Mahathir Mohamad berkunjung ke situ. Malah mereka lebih dikejutkan lagi tatkala melihat PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor juga tiba selepas itu. Tinjauan Najib dan isterinya ke situ bagi melihat sendiri suasana dan masalah para peniaga di bazar Ramadhan itu. Namun, apa yang amat memilukan umat Islam di situ ialah kelibat Rosmah, isteri kepada Perdana Menteri itu sudah jauh berubah dan berbeza ketika beliau melakukan umrah di Mekah bulan lalu. Apakah ini caranya, pemimpin Islam sebenarnya yang mahu dilaung-laungkan sangat oleh pemimpin UMNO negara Islam Hadhahri?. Apa yang jelas dapat dilihat ialah Rosmah Mansor hanya melakukan umrah untuk "melepaskan batuk ditangga" sahaja. Ketika membuat umrah, bukan main lagi bertudung litup dan tahu dosa serta pahala apabila berhadapan dengan rumah Allah di Tanah Suci Mekah itu. Sangkaan kita Rosmah akan berubah apabila pulang ke Malaysia. Namun, segalanya hanya tinggal kenangan. Isteri PM Najib Razak itu hanya menutup aurat ketika berada di Mekan sahaja. Apabila balik ke Malaysia, kembali menjadi seperti sedia kala. Aurat bagi puak-puak UMNO ini hanya mainan dan bukannya sesuatu yang dituntut. Mereka menganggap bahawa segala hukum hakam agama Islam boleh diguna pakai separuh-separuh dan selebihnya dibuang begitu sahaja. Inilah dia Islam Hadhari yang dilaung-laungkan sangat selama ini. Islam yang memisahkan kehidupan dan agama. Akhirnya semakin ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam berada dalam kesesatan akibat salah faham pemimpin Islam UMNO yang berpura-pura mengamalkan ajaran Islam. Walhal, mereka jelas telah menyeleweng daripada ajaran Islam itu sendiri. Sebenarnya, sejak zaman Perdana Menteri yang dulu lagi masalah aurat isteri mereka tidak dijaga.

Cuba lihat jawapan dari komentar PEMBELA BN "aurat tu hak masing2 ,bini nabi ALLAH LUTH pun jadi batu,bini nabi ALLAH noh pun tenggelam di lautan,apahal nak heboh2kan soal tudung,zaman 60 puluhan dulu nenek aku saorang guru besar dan juga saorang guru koran,dia hanya berselindang ajer,bila nak kemana2,tanya orang dulu,tengoklah cerita p.ramli itulah tok nenek kita ,semasa zaman dulu,jangan lah kita begitu riak...jangan kerana rosmah tak bertudung..kepimpinan najib tercalar,itu tak betul ,apa guna berserban tapi memberi fatwa yang songsang".
[Senario yang berlaku ini memang tidak dapat disanggah lagi. Wanita Islam di Malaysia sebenarnya boleh menilai Islam apa yang mahu dibawa oleh UMNO ini sebenarnya?. Lihat sahaja isteri Mahathir, isteri Pak Lah dan kini isteri Najib. Semunya mendedahkan aurat sedangkan mereka tahu bahawa mendedah aurat adalah haram hukumnya. Apakah ini ciri-ciri wanita Islam yang dituntut dalam Islam Hadhari. Maka itu, rakyat perlu sedar dan yakin bahawa mereka telah membuat pilihan yang salah kerana terus menyokong manusia yang hanya bertopengkan Islam, hakikat sebaliknya adalah berbeza. Inilah yang dikatakan oleh alim ulamak terdahulu bahawa umat Islam akhir zaman ini semakin keliru yang mana satu Islam sebenar yang harus diikuti. Jika isteri sendiri pun mereka gagal menjaganya, maka apakah pemimpin seperti ini layak dipilih sebagai ketua sebuah negara Islam?. Sama-samalah kita fikirkan dan hebahkan kepada rakan-rakan di dalam UMNO agar mereka sedar kesilapan yang dilakukan selama ini. Memberi undi kepada manusia yang bertopengkan Islam tanpa memikirkan akibatnya kelak. Pastikan Islam menang di Permatang Pasir].


Komen Penulis-Mari kita hayati keindahan Ramadhan,pakat-pakat muhasabah diri,dekatkan diri dengan Allah,keluarkan diri dari segala kejahilan,semoga Allah ampunkan kita...