Ahad, 28 Februari 2010

Kalau Tak Nak Berjuang BUKAN Satu Kerugian Buat ALLAH!

Dipetik dari blog adik junior saya:http://ruhhuldaie.blogspot.com/



Dakwah itu wajib atas setiap individu Muslim. Setiap orang yang bergelar Muslim ada pada mereka satu taklifan yang wajib dilaksanakan iaitu dakwah. Setiap individu ini perlu menyeru ke arah kebaikan, mengajak kepada yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar. Tapi ada juga segelintir manusia yang enggan melaksanakan tanggungjawab ini. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.



Ada orang selalu kata bila diajak berdakwah yang dia tak cukup ilmu lagi. Kalau nak tunggu cukup ilmu tue sampai bila? Sampai mati? Ilmu manusia nie tak akan pernah cukup. Sentiasa je tak cukup. Jadi adakah boleh kita gunakan alasan tak cukup ilmu sebagai satu alasan 'escapism' kita daripada melaksanakan kewajiban dakwah?

Teringat sirah ketika zaman Rasulullah s.a.w. ketika mana ada sahabat yang tidak bersama perjuangan Islam ketika Perang Tabuk. Kisah ini sangat popular iaitu kisah Ka'ab bin Malik. Ka'ab bin Malik bersama beberapa sahabat lain yang juga tidak berjuang kerana terlampau leka dengan perusahaan kurma mereka, dengan harta mereka yang diperoleh hasil pemberian rezeki oleh Allah kepada mereka. Akibatnya mereka telah dipulaukan oleh umat Islam ketika itu. Pada masa itu, menangis air mata darah sudah tidak berguna. Pun begitu Ka'ab bin Malik sedar sendiri kesilapannya dan bertaubat sehinggalah hukuman terhadapnya ditarik semula. Itulah yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun.

Maka bagi orang yang tak mahu berdakwah ini, tak mahu menyeru kepada kebaikan, tak mahu mengajak kepada kema'rufan, tak mahu mencegah kemungkaran, pergilah bertemu dengan Rasulullah dan katakanlah pada Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami tidak mahu keluar berjuang, biarlah kami beribadah di masjid dan menjaga perusahaan kami." katalah begitu, sanggupkah anda berkata begitu kepada Rasulullah s.a.w. sedangkan Rasulullah sendiri keluar berjuang?? Rasulullah berada di hadapan sekali ketika peperangan menentang puak2 musyrik. Tak rasa malukah kita dengan Rasulullah s.a.w.??

Ketika mana dunia ini diperintah oleh Islam suatu ketika dahulu, Dakwah itu fardhu kifayah, tak semua orang perlu melaksanakan dakwah namun, setelah jatuhnya empayar Islam pada tahun 1924, Islam sudah tidak ada tempat bergantung, maka wujudlah gerakan2 memperjuangkan dan ingin menaikkan semula khilafah Islamiah di muka bumi Allah ini. Apabila umat Islam sudah tidak ada tempat pergantungan ini adakah dakwah itu masih fardhu kifayah, tidak lagi. Dakwah sudah menjadi fardhu ain dan wajib ke atas setiap muslim untuk berdakwah. Ulama' besar zaman ini Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sendiri menyatakan kewajiban dakwah itu atas setiap Muslim.
Jadi, kita nie masih tak mahu berjuang ke? Tak nak jugak....tak ape lah. Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 54.

"Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui."


Kalau masih tak nak berjuang, tak nak berdakwah, Allah tak rasa rugi apa2 pun. Diri sendiri yang akan rugi. Tapi tak apalah, pilihan itu pilihan kita juga. Kita yang memilih nak berjuang atau tidak. Kita kata kita nak amalkan Sunnah Rasulullah, perjuangan ini, dakwah ini adakah bukan Sunnah Rasulullah? Kita sedang menjuzu'-juzu'kan agama kita. Kita mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Macam nie ke wajah sebenar kita?


Kalau nak berdakwah sekalipun, mampukah kita berdakwah berseorangan? Takut2 kita keletihan dan akhirnya berputus asa. Maka berdakwahlah bersama sahabat-sahabat kita. Sesungguhnya kita lebih kuat di dalam kumpulan (jemaah) seperti mana Allah berfirman di dalam surah As-Soff ayat 4.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
Jadi buatlah pilihan sekarang.
Nak berdakwah atau tidak.
Nak berjuang atau tidak.

ALLAH tak perlukan kita,tetapi kitalah yang amat memerlukan-Nya!Takkan wujudnya diri ini kalau bukan kerna izin-Nya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan