Ahad, 7 Februari 2010

Al-Kisah Datuk Nasir Safar!

Kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

NONEMenurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

samy velluSementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.



Penganalis politik berpendapat kemelut perkauman yang dicetuskan oleh pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar, kali ini benar-benar menyulitkan bossnya, Datuk Seri Najib Razak.

“Najib terpaksa korbankan Nasir semata-mata untuk MIC dan MCA,” kata timbalan dekan Sains Sosial UKM, P Sivamurugan.

Nasir Selasa lalu pada ucapannya di seminra 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

“Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.Maksud tersirat

Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.

“Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.

Nasir pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.

Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.

Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.

“Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.

Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.

Komen kawan saya:Macam mana seorang Pegawai Khas kepada PM (mestilah bukan calang-calang orang yang PM nak pilih),dalam satu majlis yang memang dia tau dah dihadiri oleh rakan-rakan kompenen BN (MIC & MCA),bahkan majlis itu siap bubuh nama "1 Malaysia",boleh berucap hina kaum India & Cina?Pastu boleh mintak maaf macam tu je dan bagitau kata itu pandangan peribadi beliau-bukan mencerminkan pendirian PM?PELIK TU!Takkan bos tak ajar kot?atau sebenarnya slogan "1 Malaysia" tu cuma tin kosong untuk buat bising supaya pengundi bukan Melayu yang tolak semasa PRU-12?jeng-jeng-jeng!LAGI AJAIB pulak bila dia kata tu pandangan peribadi,bukan pandangan PM,habis tu camne dia ni boleh jadi PEGAWAI KHAS PM kalau ucapan dia tak melambangkan pendirian PM-dalam satu majlis rasmi bertemakan "1 Malaysia"?agak2la kalau nak tipu putar belit pun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan