Ada apa dengan Perak Darul Ridzuan?MaCam-MacAm ADA!
Pastinya tumpuan masyarakat tertumpu pasal "Ceritera 2 Menteri Besar"-satu yang dipilih rakyat,satu lagi MB yang memandai-mandai kata mendapat mandat dari rakyat!Pelik tapi benar!Berani pulak angkat sumpah jadi MB sedangkan MB sebenar masih sah memegang jawatan!Suara rakyat yang cuba mempertahankan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin di Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 disambut dengan gas pemedih mata oleh 'pasukan keselamatan'!Perak dalam krisis!Krisis kepimpinan!Krisis perlembagaan!Ya!Kerana perlantikan ADUN Pangkor,Dr Zambry Abd Kadir tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak!
Krisis perlembagaan di Perak berbeza dengan krisis di Terengganu dan Perlis semasa pasca pilihanraya PRU 12 Mac 2008. Mari kita buat perbandingan :
i) Sultan Terengganu tidak mahu MB Idris Jusoh, tetapi baginda tetap berkenan dengan mana-mana ADUN UMNO untuk jadi MB. Baginda tidak pula memandai-mandai mahu ADUN PAS jadi MB kerana baginda tahu menghormati pilihan rakyat dalam pilihanraya. Baginda tidak "merosakkan" imej baginda di mata rakyat . Baginda tetap menghormati majoriti rakyat memilih BN untuk terajui Terengganu.
Perkara yang sama berlaku di Perlis. Raja Perlis tidak berkenan dengan MB Shahidan Kassim. Tidaklah pula baginda mahu calon tunggal PAS(sebelum Ust Hashim Jasin diisytiharkan menang) jadi MB Perlis.
Bahkan Sultan Terengganu dan Raja Perlis mendapat sokongan segala rakyat jelata dalam menghadapi krisis tersebut. Rakyat bertambah sayang dan kasih kepada Sultan dan Raja mereka.
Untuk makluman, Sultan Terengganu dan Raja Perlis tidak pernah jadi Ketua Hakim Negara tetapi baginda berdua "reti bahasa" dengan demokrasi !
ii) Krisis di Perak. Asalnya terlalu mudah untuk di selesaikan. Selepas SPR menolak pilihanraya di DUN Behrang dan Changkat Jering, Sultan Perak sepatutnya sudah dapat baca kesan politik yang bakal di hadapi di Perak. Baginda sewajarnya membubarkan DUN untuk memberi peluang kepada rakyat memilih semula kerajaan negeri. Malangnya baginda memilih untuk "berperang" dengan rakyat.
Peliknya mengapa Baginda tergamak "memutuskan hubungan" dengan rakyat jelata tetapi menjalinkan hubungan mesra dengan "perompak harta rakyat" selama 50 tahun? Bahkan dengan "pengguna tegar C4" ?
Jika baginda berbuat demikian kerana murka dengan MB Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan geran 999 tahun kepada orang Cina yang miskin dan warga negara di kampung baru , tetapi mengapa baginda tidak murka dengan pemberian puluhan ribu ekar tanah Melayu kepada kroni UMNO dan taukeh cina yang kaya raya semasa pemerintahan UMNO di Perak selama 50 tahun?
Adakah kerana UMNO bagi komisen kepada Istana?
(Raja Nazrin ungkit tentang British ambil Tanah Melayu 60 tahun yang lalu di satu seminar di KL, tetapi membisu dengan kejahatan UMNO memberi puluhan ekar tanah kepada taukeh cina, merampas tanah rakyat dan bagi kepada pemaju, sekat bantuan kepada Sekolah Agama)
Dulunya rakyat menyanjung tinggi dengan titah baginda dan Raja Muda yang pakar undang-undang. Selepas ini, titah baginda berdua akan dijengkelkan dan dibakulsampah oleh rakyat.
Nampaknya Sambutan Jubli Perak akan di sambut sakan oleh Kerajaan Haram UMNO lantikan Baginda Sultan.
Jika di Kedah Sambutan Jubli Emas di sambut meriah dan didoakan kesejahteraan oleh rakyat jelata, agaknya bagaimana pula di sambutan di Perak?
Pokoknya sambutan Jubli Perak Sultan Perak dimulakan dengan "pertabalan MB Haram UMNO" dan percikan bunga api .......oopps maaf......tembakan gas pemedih mata di masjid! Mungkin ini adalah "hadiah" Sultan Perak buat rakyat jelata.
Untuk MB Nizar pula, mungkin anda akan tidur di Kamunting selama 24 bulan dan gelaran Dato Sri ditarik balik. Inilah harga sebuah kebenaran dan perjuangan suci !

Tiada ulasan:
Catat Ulasan