Khamis, 2 April 2009
Rabu, 1 April 2009
UMNO Yang Tidak Berubah!

KENAPA SAYA TIDAK HADIR
By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.
(Sumber:http://chedet.co.cc/chedetblog/)

KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Iklan
Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut.
"Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno
sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.
"Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau. 
Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa memainkan isu-isu yang remeh dalam usaha mereka untuk menawan kembali kerusi parlimen Bukit Gantang.
Umno tegas beliau, masih lagi terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan menakutkan rakyat kerana jika tidak menggunakan cara tersebut mereka akan mengalami kekalahan besar. 
Beliau menegaskan demikian dalam satu Forum Perdana sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan di sini baru-baru ini.
Selain beliau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Badrul Amin turut menjadi ahli panel forum tersebut yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Haron Din juga menegaskan pengundi di Bukit Gantang harus bijak membuat pilihan sama ada mahu memilih pemimpin dari parti yang semakin tidak diyakini atau pemimpin dari parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua rakyat.
Justeru itu beliau berharap agar pengudi-pengundi di Bukit Gantang tidak terpengaruh dengan segala dakyah yang dibuat oleh Umno dan membuat pilihan dengan bijak.
(Sumber:www.harakahdaily.net)
Komen saya:Perhimpunan UMNO 2009 merupakan perhimpunan agung UMNO
yang paling gagal dalam sejarah...saya hadir sendiri ke PWTC menyaksikan ketika YB Khairy Jamaludin diumum sebagai Ketua Pemuda UMNO,majoriti orang ramai sama ada mungkin mereka dari kumpulan Dato' Mukhriz @ Dato' Khir Toyo menjerit "Rasuah!Rasuah!Rasuah!"(Gaya mereka sejibik macam orang hilang akal yang kena rasuk dengan Puaka Nyiang Rapik-First time tengok 'Demonstrasi Jalanan' eksklusif dalam PWTC-patut la tak bagi orang berdemo kat jalan raya,rupanya kena isi borang tempah PWTC baru memenuhi requirement untuk berdemonstrasi)...kesimpulannya,UMNO tak berubah!
Memilih perasuah sebagai Ketua Pemuda menggambarkan generasi muda perwakilan sekarang menghalalkan rasuah...maka inilah petanda 'kematian' UMNO kerana kelak apabila golongan yang tak berapa muda @ golongan tua UMNO pergi meninggalkan dunia yang fana,PASTI golongan Pemuda UMNO sekaranglah yang akan memimpin UMNO dengan jutaaan ringgit wang untuk ditaburkan a.k.a rasuah menjadi amalan murni mereka 'untuk memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara!'...saya bukan anti-UMNO,tapi UMNO kini sudah lupa asal-usul!
p/s:BILA DATUK ALI RUSTAM a.k.a 'BEKAS CALON TIMBALAN PRESIDEN UMNO' a.k.a 'PENGAMAL POLITIK WANG' NAK LETAK JAWATAN!MALU LA ORANG MELAKA YANG TERKENAL DENGAN SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA BOLEH TERUS MENYOKONG KETUA MENTERI YANG MENGAMALKAN RASUAH!
Jumaat, 20 Mac 2009
Ali Rustam patut letak jawatan Ketua Menteri Melaka!-Tun Dr Mahathir


Mar 19, 09 6:39pm:
Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri,Tun Dr Mahathir.
"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.
"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.
"Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.
Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.
Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Sokong Muhyiddin

"Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan.
"Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya," katanya.

Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris.
"Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.
"Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis.
Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia.
Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya".

Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

"Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?" katanya.
(sumber-Malaysiakini.com)
Ahad, 8 Mac 2009
Jom Pakat Mai!Sambutan Maulidurrasul kat UIAM!
Jom Pakat Beli & Dengaq!
Jumaat, 6 Mac 2009
Jom Pakat Pi Bantah!
p/s:Polis baru sahaja memberikan permit untuk mengadakan perhimpunan hanya di Masjid Negara sahaja..sedangkan Istana Negara sudah pun memberi lampu hijau untuk menerima memorandum daripada Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP)..ape cerita ni!












