Sabtu, 22 Ogos 2009

Sapa Nak Tambah Bini?AWAS!Baca dulu di bawah!



Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.Selamat Berbuka Puasa!


Jumaat, 21 Ogos 2009

Poster Kempen BN!

21 Ogos 2009,

Sekitar area DUN Permatang Pasir,

Jom ushar poster BN untuk PRK Permatang Pasir kali ni!Zoom!1 Malaysia!


"Gula-Gula" UMNO & BN


1 Malaysia!Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan!




Rugi ooo tak undi BN,nanti Permatang Pasir tak dapat jadi anak angkat la!



Calon kita-Rohaizat Othman,Undilah BN!

Pidato Pentas Pemuda BN!




20 Ogos 2009-Saya sempat pi dengaq ceramah Pemuda BN,best!






"PAS pengecut bila mencabar saya menarik diri daripada menjadi calon!PAS takde modal,mereka hanya tahu menyerang peribadi saya,petang tadi saya dapat berita mereka dedahkan saya ada bini no 2!Apa ni semua?PAS sekarang dah tak yakin akan menang,sebab tu mereka cuba jatuhkan saya!Mereka tak berani berbicara soal pembangunan,tak berani bercakap soal nak majukan taraf hidup rakyat Permatang Pasir,soal pendidikan,soal ekonomi dan sebagainya kerana PAS tak mampu buat itu semua,tetapi kita yakin hanya BN yang mampu mentadbir negeri dan negara ini lebih baik!Betul atau tidak?"-tegas calon BN untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pasir,Rohaizat Othman di hadapan para penyokong dalam ceramah yang dianjurkan malam tadi.Beliau sekaligus menafikan dakwaan terbaru mengenai kisah isteri keduanya yang diabaikan.

"PAS cakap tak serupa bikin,dulu kata nak laksana hukum hudud,kita tengok sampai sekarang Kelantan yang diperintah PAS tak pernah laksanakan hudud,tapi hanya guna pakai undang-undang syariah yang ditinggalkan oleh UMNO.Inilah dia perangai PAS,ceramah berdegar-degar nak tegakkan hukum Islam,PAS kata kalau PAS memerintah,semua pusat hiburan dan kilang arak akan ditutup esok pagi juga sebelum ayam berkokok  jika menang pilihanraya umum hari ini,kita tengok apa dah jadi?Ayam yang berkokok pagi selepas kemenangan PAS dalam PRU-12 tu pun dah kene sembelih jadi sup ayam,kilang arak di Selangor terus disambung lesen untuk beroperasi,pusat hiburan daripada 1300 lesen yang diluluskan semasa BN perintah Selangor,sudah bertambah kepada 4000 lesen yang diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dianggotai PAS!Hebatnya PAS!4000 lesen diluluskan!"-hujah Lokman Adam,salah seorang pemidato dalam Pidato Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Pemuda BN.

"PAS kata UMNO anti-Islam,PAS kata UMNO tolak Islam,hei!saya nak tanya orang PAS kalau betul UMNO anti-Islam,cuba bagitau kita berapa banyak masjid yang dibakar orang UMNO,berapa banyak sekolah agama yang dibakar orang UMNO,bagitau saya sekarang!Hei,saya nak tanya orang PAS,berapa ramai anak orang PAS yang belajar di UIA(Universiti Islam Antarabangsa)?berapa ramai anak orang PAS yang mengaji dan belajar di sekolah agama bantuan kerajaan?berapa ramai anak orang PAS yang sambung belajar ke Mesir guna bantuan biasiswa kerajaan UMNO?berapa ramai orang PAS yang pergi haji melalui Tabung Haji?berapa ramai orang PAS yang sembahyang di masjid-masjid yang dibina oleh orang UMNO?UMNO anti-Islam lagi ke macam tu?segala agensi dan institusi yang membantu orang Islam ni dibuat oleh siapa?saya nak tanya orang PAS!"-persoalan ditimbulkan oleh seorang pemidato dari UMNO Cheras.

"PAS hanyalah alat DAP,boneka tunggangan DAP,buktinya di Pulau Pinang,PAS tak diberi satu pun jawatan exco dalam kerajaan pimpinan Al-Fadhil Ustaz Lim Guan Eng!PAS hanya alat DAP!"-ujar seorang lagi pemidato dari Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia. 

Ketua Pemuda UMNO-YB Khairy Jamaludin

Datuk Kamarudin-17 Pengkhianatan UMNO kepada Melayu!

Sumber:http://www.harakahdaily.net/

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. 


   

   

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. 

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin. 

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya. 

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir. 

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. 

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana. 

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan. 

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu. 

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik. 

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu. 

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi. 

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir. 


Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu 

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. 

2. Melemahkan sistem kehakiman negara. 

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu. 

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu. 

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu. 

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu. 

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu. 

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. 

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu. 

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu. 

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation. 

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja. 

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno. 

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. 

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan. 

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu. 

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Rabu, 19 Ogos 2009

Tag dari http://art-ceritaseseorang.blogspot.com


Syukran atie!Tima kasih gak pasal sajak bermakna tu!
http://art-ceritaseseorang.blogspot.com/

Ku Li:Apakah UMNO kurang calon?

Sumber:www.malaysiakini.com/bm




Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.


"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.


Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.



Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.


"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.